Sabtu, 12 Mei 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Sedar tak sedar, kita sudah pun memulakan langkah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada tahun ini. Bersedia atau tidak, detik-detik debaran menghadapi peperiksaan ini akan dirasa oleh semua pelajar, namun pastinya akan dirasai berbeza seribu satu rasa oleh sebahagian dari pelajar kita yang bakal menduduki peperiksaan ini buat kali terakhir di sekolah ini.
      Oleh itu pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga komuniti SMK Bukit Selambau ingin  mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada seluruh pelajar yang akan menduduki peperiksaan  pertengahan tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan