Sabtu, 30 Mac 2013

Semakan Online Keputusan SPM 2013


Semakan Online Keputusan SPM 2013 | Berikut adalah cara membuat semakan keputusan SPM melalui SMS . Para pelajar dan ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa dari masa ke semasa mengikuti laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini dengan tepat.

Semakan Online Keputusan SPM 2013

Cara Semakan Keputusan SPM melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:


1) Semakan secara online :Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.
Cara Semakan Keputusan SPM melalui sms

Semakan Online Keputusan SPM 2013

Anda jugak boleh semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888

Kepada mereka yang berjaya diucapkan berjuta tahniah! Bagi mereka yang sebaliknya teruskan usaha, hidup mesti diteruskan! Sebenarnya tiada orang yang gagal kecuali orang yang berputus asa! Teruskan Usaha dengan sabar dan dirikanlah sembahyang!

Bagi lepasan SPM tahun 2013 Dan STPM 2012/2013 ini, kerajaan dah ambil inisiatif untuk memudahkan adik-adik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). UPU dah buatkan satu laman web untuk memudahkan adik-adik semak kelayakan melalui online sahaja. Tak perlulah juling mata lagi nak baca borang yang setebal novel untuk semak satu persatu kelayakan adik-adik

Isnin, 18 Mac 2013

Keputusan SPM 2012

Keputusan SPM akan dikeluarkan pada hari Khamis 21 March 2013 bermula 10.00 pagi . Para pelajar boleh mengambil keputusan masing-masing bersama majalah pada hari tersebut.

Sabtu, 16 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG SMKBS

TARIKH : 17 MAC 2013
HARI : AHAD
MASA : 2.15 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA AL-KHARIZMI 
SMK BUKIT SELAMBAU

Rabu, 30 Januari 2013

Hari Konferensi Waris 1

Majlis hari konferensi waris untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 telah berjaya dilaksanakan pada hari ahad 27.1.2013. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika majlis berkenaan berlangsung.







Selasa, 22 Januari 2013

BR1M


Bantuan Khas RM100 Untuk Persediaan Awal Tahun 2013


Semalam telah berlangsungnya majlis bantuan khas RM100 untuk persediaan membeli keperluan asas persekolahan. Semoga dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban waris membeli         keperluan sekolah seterusnya meningkat motivasi pelajar untuk terus belajar dengan bersunguh-sungguh.

Isnin, 14 Januari 2013

Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah melihat keputusan permohonan melalui website berikut:

http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/

Sekiranya anda berjaya, anda wajib memberi respon samada bersetuju atau tidak dengan tawaran ini 
sebelum 17 Januari 2013

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;
  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional


Pendidikan Teknikal


Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6). 

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.


Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian



Latihan Kemahiran


Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;


  • Pemesin Am
  • Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  • Juruteknik Automotif
  • Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  • Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Furniture Maker
  • Jurubina Bangunan
  • Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  • Jurupaip
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  • Demi Chef
  • Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  • Pendandan Rambut
  • Jurukecantikan
  • Juruteknik Akuakultur
  • Pekerja Ladang Pertanian

  • Pendidikan Asas Vokasional

    Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.
    Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi

    Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

    Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

    Syarat Umum

    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    • Pemohon hendaklah:
      • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
      • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.

    • Kesihatan diri pemohon:
      • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
      • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
    • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

    Syarat Khusus

    • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Pendidikan Vokasional
      • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
      • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
      • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
    Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

    Pertanyaan & Maklumat

    Isnin, 7 Januari 2013

    Selasa, 1 Januari 2013

    Selamat Tahun Baru 2013

    Tahun baru menjadi lambang harapan baru bagi setiap orang dimana kebanyakan orang berharap tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Ini adalah sajak sempena tahun baru 2013.

    Malam ini kan berlalu,
    minggu ini kan beranjak,
    bulan ini akan pergi,
    tahun ini kan meninggalkan.
    Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka,
    menyongsong tahun baru.
    Selamat tahun baru 2013.
    Semoga selalu jaya dan sejahtera.

    Tik. tak. tik. tak. bunyi jam di kamarku berjalan pelan namun pasti untuk menyongsong tahun baru 2013 ? Selamat Tahun baru 2013

    Selamat menyambut mentari pertama ditahun baru 2013
    Selamat menghirup udara pertama di tahun 2013
    Selamat menikmati tiupan angin pertama di tahun 2013
    Semoga ditahun ini segala cita kita dapat terwujud

    Tet tret tet.
    Selamat Tahun Baru. 
    Mengucapkan selamat tinggal pada 2012 dan menyambut ke tahun baru 2013.
    Semoga tuhan memberkati kita.
    Semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu dan harapan bahwa kita selalu bisa menjadi teman yang baik.
    Selamat Tahun Baru 2013.