Isnin, 14 Januari 2013

Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah melihat keputusan permohonan melalui website berikut:

http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/

Sekiranya anda berjaya, anda wajib memberi respon samada bersetuju atau tidak dengan tawaran ini 
sebelum 17 Januari 2013

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;
  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional


Pendidikan Teknikal


Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6). 

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.


Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;
  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian



Latihan Kemahiran


Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;


  • Pemesin Am
  • Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  • Juruteknik Automotif
  • Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  • Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Furniture Maker
  • Jurubina Bangunan
  • Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  • Jurupaip
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  • Demi Chef
  • Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  • Pendandan Rambut
  • Jurukecantikan
  • Juruteknik Akuakultur
  • Pekerja Ladang Pertanian

  • Pendidikan Asas Vokasional

    Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.
    Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi

    Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

    Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

    Syarat Umum

    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    • Pemohon hendaklah:
      • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
      • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.

    • Kesihatan diri pemohon:
      • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
      • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
    • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

    Syarat Khusus

    • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Pendidikan Vokasional
      • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
      • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
      • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
    Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

    Pertanyaan & Maklumat

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan