Visi Misi


VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau
Menjadi Sekolah Luar Bandar Terbaik di
Daerah Kuala Muda / Yan Pada Tahun 2013


MISI
  1. Memantapkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran dalam semua bidang.
  2. Meningkatkan profesionalisme dan budaya kerja guru dan staf.
  3. Mewujudkan iklim persekolahan yang ceria,selamat dan kondusif. 
  4. Berusaha membentuk sikap, memupuk akhlak dan membina semangat belajar bersungguh-sungguh dalam kalangan pelajar. 
  5. Memelihara hubungan baik antara warga sekolah, waris, komuniti dan pihak berkepentingan (stakeholder) dan agensi luar.

PIAGAM PELANGGAN
Kami Guru-Guru Dan Staf Sokongan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau
Berikrar Dan Berjanji Dengan Penuh Iltizam Untuk
Menumpukan Segala Usaha Dan Tenaga Kami Memberi 
Perkhidmatan Berikut Dengan Sebaik-baiknya,

  • Memastikan murid-murid sekolah ini disediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap sebaik sahaja mereka melaporkan diri.
  • Menyediakan semua keperluan pembelajaran, kebajikan dan keselamatan pada masa / waktu persekolahan dan mereka memperoleh pengalaman belajar dalam suasana yang gembira.
  • Membantu waris menyelesaikan keperluan pendidikan anak-anak mereka secepat mungkin.
  • Memastikan semua murid dapat menduduki semua peperiksaan dengan penuh yakin dan dalam suasana yang kondusif.
  • Melayan semua keperluan staf di sekolah ini, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Pegawai Jabatan Pelajaran negeri, Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia secara profesional dalam tempoh yang ditetapkan.