Selasa, 20 Disember 2011

SBPA dan Keputusan PMR 2011


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam


Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS
Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. Berikut ialah file untuk download pekeliling SBPA khusus untuk guru. Klik http://www.mediafire.com/?i168p5rkz06imu4 untuk download,

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan